Haa... aritu aku dah story kat korang pasal interview TESL. La ni aku nak cite pasal interview kat ipg plak or KPLSPM atau dalam bahasa panjnangnya Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Entry kali ni maybe panjang sikit kot, tahlah....aku pun tak sure sebenarnya.
Okay, first skali aku nak bersyukur sangat kat Allah SWT sebab dah makbulkan doa aku. Ya! Saya bakal menjadi pelajar Asasi Tesl di UiTM Alor Gajah, Melaka. Memang banyak ah preparation kena buat. Duit pun terbang melayang-layang kat owner punya store baju. 2hb Jun ni aku daftar kat sana. Ngee~~ tak sabarnya!!!
Back to the main topic, aku dapatlah panggilan temuduga untuk menjadi bakal guru di IPG pada 10 Mei yang lalu so memori tu still fresh lagi dalam otak aku. Pusat temuduga aku ialah kat Kuala Lipis and aku dapat subjek Sejarah Sekolah Rendah. Actually time mula2 isi borang maktab ni aku letak English as my first chioce, Sejarah second choice. But then....aku dapat Sejarah.
Dari Kuantan nak pi sana adalah dalam 2 jam setengah gitu tapi jalan dia kalau ikut Jerantut berbelit-belit cam ular kena palu. Puan emak dan Encik Ayah telah pun memohon cuti selama 2 hari kerana semata-mata untuk anak mereka yang tercinta ini. Hari rabu tu, dalam pukul 10.30 kitaorang pun bertolak dari Kuantan. Sepanjang perjalanan tu kerja aku tido je sebab aku ni cepat dapat mabuk kete. Kira emang fail lah nak jadi second co-driver. Singgah situ, singgah sini, singgah petronas, singgah R&R and finally sampailah kitaorang kat Kuala Lipis dalam pukul 2 gitu. Kitaorang check in kat Hotel Center Point.
Keesokan harinya, pagi-pagi mak aku dah kejut aku dalam pukul 5.45. Aku dalam mamai-mamai pun pergilah mandi. Perrrghh!!! Sejuk gilak ah air dia sbb water heater hotel tu rosak. Adoiyai....=__=" Lepas solat subuh, make up, pakai tudung semua, akhirnya pukul 6.55 tu, kitaorag pun keluar dari bilik hotel and terus check out. Tapi sblm tu mestilah ambik breakfast dulu...
Dalam pukul 7.15 gitu, Encik Ayah pun memulakan perjalanan ke IPG dengan bismillah. Alhamdullilah, dalam 7.30 dah sampai kat sana. Sampai je sana, dalam otak memang dah terlintas dlm otak --> okay,tempat ni memang x best! sebab jauh giler kot dari bandar. Cari-cari punya cari, rupa-rupanya oh! kena pergi dekat library dia rupanya. Sampai je dekat library dia,tengok kiri,tengok kanan. Tak ramai lagi yang sampai.
Pukul 7.50, ada briefing sekejap sebelum masuk untuk ujian INSAK. Dalam briefing tu, dia a.k.a moderator tu cakap la suruh susun sijil and bla...bla...bla... Tepat pukul 8,kitaorang pun diarahkan untuk masuk dalam perpustakaan tu. Aku dapat group C, panel 4. Sebelum buat ujian,sempatlah aku borak2 dengan diaorang -->kira ice-breaking gitu. Group kitarang ada 5 orang termasuk aku. 4 orang untuk course Sejarah tapi yang sorang tu ajar pendidikan khas while the other one lagi course Muzik.
Ujian INSAK tu senag je... 135 soalan dalam masa 30 minit. Dia ada jawapan A dengan B je... Contoh soalan dia macam ni.
"Anda ternampak lelaki hensem melintas di depan anda ketika anda sedang membaca buku. Apakah reaksi anda?"
A: Saya akan terus bangun dan terajang muka lelaki tersebut sambil berkata, "Apakah? Ini sungguh tidak adil!"
B: Saya akan buat dunno dan terus menumpukan perhatian terhadap pembacaan.
Haa...soalan dia lebih kurang camtu lah. Tapi yang tu contoh je. Jangan tertipu dengan ayat aku yang merapu-rapu tu.
Habis je ujian INSAK, panel yang seramai 2 orang tu pun mintak kitaorang keluar dari bilik tu. Tak sampai 5 minit, diaorang panggil balik kitaorang masuk bilik tu. Masuk-masuk je dah nampak yang kerusi-kerusi tersebut disusun secara separa bulatan. Pastu pakcik tu bagi satu kertas setiap orang yang tertaip tajuk yang sepatutnya kitaorang kena present. Kitaorang dapat tajuk "TEKNOLOGI MAKLUMAT". Okay, part ni tak best sangat sebab takde benda yang menarik pun. First sebab nervous, second sebab AWKWARD gilaaaa~~ Tapi one thing for sure,budak-budak lelaki banyak dominate dalam sesi berkumpulan tu. Bercakap taknak kalah masing-masing.
Dalam 5 minit selepas sesi berkumpulan, tibalah saat-saat yang paling mendebarkan iaitu interview individu. Memang ketaq ah kepala lutut aku sampai tercabut dari kaki. <--okay, hiperbola sangat. Mula-mula dengar bunyi loceng menandakan bahawa dia suruh 1st candidate tu masuk. Lama jugak ah dia masuk. Dalam 15 minit gitu. Tak lama lepas tu, tibalah turn aku. Mula-mula masuk ketuk pintu dulu and bagi salam dengan muka yang penuh ayu. Okay,time tu rasa senyuman macam plastik giler.
Start interview tu dia tanya soalan ringan-ringan je dulu. Ala-ala macam borak santai dalam rancangan Wanita Hari Ini. Habis je soalan ringan-ringan tu,para pakcik interviewer tu dah start attack aku. Ikutilah perbualan kami. Cewah! Interviewer(I) ; Aku(A)
I: Selain dari IPG,awak ada memohon untuk pergi ke tempat lain seperti matrikulasi atau universiti?
A: Ya,saya ada memohon untuk UPU. Saya telah mendapat tawaran ke UiTM Alor Gjah bagi Asasi TESL.
I: Abis dah dapat universiti, kenapa nak masuk maktab jugak? Pergi jelah universiti tu
A: *dalam hati* What the whattt???? Adakah kerana saya baik hati, lemah-lembut, ramah-tamah lagi sopan santun maka pakcik telah me'reject' saya yang comel ini?
I: Baiklah,memandangkan awak ambik course Sejarah. Jadi, marilah kita bercakap pasal Sejarah. Cuba awak terangkan pasal pahlawan yang awak ketahui.
A: *time tu lagi sekali aku mengalami situasi WHAT THE WHATT??* Disebabkan aku paling suka and ingat Rentap, maka aku pun sedaplah menggoreng depan pakcik-pakcik tu.
I: Eh,awak ni... Rentap tu jauh sangat. Cuba cerita sedikit pasal yg dekat-dekat sini je. Contohnya Tok Gajah,Dato Bahaman.
A: *sejujurnya aku cakap dekat korang, time tu memang aku ingat pasal Encik Rentap tu je. Blank kata kau!* Jadi aku pun sekali lagi menggoreng pasal Mat Kilau punya history. Kali ni goreng bukan sekadar goreng. Ini goreng sampai hangus. Pakcik yang interview tu senyum je sebab aku memang bagi fakta yang tak pernah tertulis dalam sejarah! Nasib baik dia pun play along je. Confident itu penting diknon!
I: So, what do you think about kids nowadays that used excessive time by staying in front of computer for a long time? Give reason and why.
I: Murid-murid zaman sekarang mengatakan bahawa Hang Jebat itu betul sebaliknya Hang Tuah itu salah. Jadi anda sebagai guru di masa hadapan, bagaimana anda ingin membetulkan fahaman ini?
Okaylah,sampai sini je aku nak tulis sebab rasa macam panjang gila ah! Kepala pening menghadap pc lama, korang pun mesti pening nak baca kan? But still ni adalah antara pengalaman yang tak semua orang dapat experience, betul tak? Walaupun aku taklah berharap sangat untuk dapat sebab aku rasa memang like a total loser at that time.
p/s: setelah sekian lama menunggu, akhirnya result ipg pun dah keluar. Seperti yang dijangka, aku tak dapat pun... sedih? mestilah ada sikit kan... Puan Emak suruh aku buat rayuan. Sebagai anak yang baik hati, lemah-lembut, ramah-tamah dan sopan santun, maka aku pun buatlah rayuan. Kemudiannya, aku meneruskan hidup sebagai pelajar Asasi Tesl dengan aman sehinggalah dua minggu kemudian. Believe it or not, aku memang lupa gila nak check result rayuan ipg sebab sibuk bebenor bila dah jadi student universiti ni (konon!). Sampailah dalam dua minggu kemudian Encik Ayah call aku cakap yang aku dapat tawaran ke ipg. Macam mana beliau tahu? Haa.. ada wakil dari Ipg call sebab dia cakap aku belum bagi jawapan lagi. Maaflah, bukan saya sengaja nak buat-buat lupa T___T. Kalau nak diikutkan aku dapat sambung belajar ke Beijing untuk course subjek Sejarah tapi untuk SJKCina.
Setahun buat kursus persediaan kat sini and tahun depan boleh fly ke Beijing, China. Mungkinkah jodoh saya dengan abang yang bermata sepet? Ewah!
Setahun buat kursus persediaan kat sini and tahun depan boleh fly ke Beijing, China. Mungkinkah jodoh saya dengan abang yang bermata sepet? Ewah!
Check us out for english novels..... Shopaholics, cecelia ahern, harry potter, twilight series, etc...
ReplyDeleteAssalam. Sy nk tnye, mcm mne nak buat rayuan tu eh ? Dia mmg announce ke ?
ReplyDeleteWassalam. Sorry for the late reply because i've been super busy this lately. Actually saya pun tak ingat dah macam mana nak buat rayuan tu sbb semakin tua. Jadi ingatan pun dah terhakis. Tapi apa yang saya ingat, lepas je buat rayuan tu, saya mg tak pernah buka website IPG tu sekali pun. Tuptup tak lama lepas tu ada orang dari kementerian call and dia cakap yg rayuan saya diterima. lebih kurang gitulah ceritanya. Sorry, because this reply doesn't give any help at all.
ReplyDeletesalam, hmm kalau nak apply bidang pengkhususan tu mcm cth sejarah bm kena A ke? sy spm 8A tp bm B+, agak2 effect tak ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteSaya rasa asalkan kredit (gred C keatas). Well, kalau saya jadi awak saya mohon je mana tahu rezeki.
Terima Kasih
ReplyDeleteTerima Kasih
ReplyDeleteSo awk pegy la ipg tu or stay jenkt uitm
ReplyDeleteSo awk pegy la ipg tu or stay jenkt uitm
ReplyDeleteSemasa di sekolah menengah awak ad ambil subjek bahasa cina?
ReplyDeleteSejarah encik berapa ? Saya takbejaya untuk ipg tp masih merayu . first choice saya bi tp dpt bm itupun A- . Saya sgt takyakin tp maseh beharap rayaun diterima 😔
ReplyDelete*cik
ReplyDelete