Wednesday, 18 April 2012

INTERVIEW TESL UiTM 2012

Nak dijadikan cerita minggu lepas atau lebih tepat lagi pada 15 April 2012, aku telah dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga di UiTM Kuantan 2 di Padang Lalang. Pagi-pagi lagi dah bangun! Well, taklah pagi sangat pun sebenarnya, dalam pukul 7.50am baru bertolak. Hewhewhew. Sebenarnya tertidur lepas solat subuh tadi. Ish, korang jangan ikut perangai tak senonoh aku ni! Pukul 7.15 tu terus masuk bilik air mandi-mandi, gosok selendang, make up (itupun lepas kena paksa dengan  mak aku) dan buat last minute checklist untuk certificate and so on. Haa! Tu lagi satu perangai tak senonoh aku yang korang jangan ikut.

Akhirnya 7.50 keluar dari rumah. Nasib rumah dekat je kau! Sebab dalam area kuantan jugak. Maka ditemani oleh mamaku yang tercinta sampailah sana awal juga dalam pukul 8.05am. Ingatkan aku sampai sana awal sangat, rupa-rupanya tak pun.., Ramai lagi applicants yg sampai lagi awal. Sampai-sampai sana terus call sorang member ni sebab dia pun dapat juga. And kitaorag pun lepak-;epaklah kat sekitar area situ. Time tu sempat lah pandang sekeliling, tengok-tengok gelagat manusia. Ada satu kelompok tu siap pegang buku karangan lagi, ada lagi yang pegang buku tulis penuh dgn soalan-soalan yg akan mungkin akan ditanya oleh interviewer tu nanti. Aku? Hehehehe.... Korang jangan tanyalah. Kalau ada rezeki dapatlah aku, kalau tak dapat pun tak jadi hal. Begitulah konsep redha dan tawakkal yang telah aku amalkan dari dulu. Ewah!

By the way, untuk adik-adik readers yg mungkin kot-kot terjumpa blog ni. KORANG DINASIHATKAN UNTUK TIBA DI SANA SEBELUM JAM 8.30 PAGI. Bukan dinasihatkan tapi mmg wajib datang sebelum 8.30am!!! Sebabnya kat sana bukan interview je dia buat tapi ada ujian bertulis gak! Kalau datang lambat, still bolah ambil ujian tapi tiada masa tambahan untuk engkau seorang yek! Exam tu sekejap je... dari pkul 8.30 sampai 9.30 pagi.

Dalam 8.30 tu, pegawai-pegawai yang bertugas akan panggil kitaorg masuk dewan. Kat atas meja tu dah tersedia satu kertas soalan cover hijau. PERINGATAN! SILA BAWA PEN AND LIQUID PAPER SKALI!! Kalau tak camne nak menulis? Betul tak?! Ada budak lelaki sebelah aku yang datang berlenggang je, dah masuk dewan baru nak menggelabah cari pen bagai. 

Untuk ujian bertulis tu, dia ada dua bahagian iaitu part A dan B. Part A tu untuk grammar and our reading comprehension. Ada 15 soalan je tapi perghh!!! Soalan dia kaw-kaw cap ayam brands punya. Ayat dia high class, tip-top punya! Bahagian B pulak kita kena buat essay. Dia tanya pasal danger of social media network to teenagers. Time sekolah dulu dah pernah buat almaklumlah disebabkan otak dah lama tak polish terbiar berkarat macam tu je jadi apa yang aku boleh cakap adalah "Haram Mak Jadah!" Tapi nasib sempat abis buat conclusion. Lantak engkaulah labu.

Untuk second session which is the most dreadful part for all of us which is the INTERVIEW. Lama gak ah nak menunggunya. Boleh naik kematu bontot den! Tapi nasib ada geng so,taklah boring tahap dewa. Dia ada empat bilik/panel. Ada dua orang akan interview kita. Aku dapat nombor 9 dan panel 1. Nasib baik interviewer tu orang laki so, kurang lah dia punya tahap cerewet. Dalam pukul 11.45 barulah diaorang panggil untuk interview applicant yang pertama. Tunggu punya tunggu akhirnya sampailah turn aku. Nervous memang takyah cakap ah! Jantung ni rasa mcm nak keluar je! Nasib ada tulang rangka je... Kalau tak memang dah terkeluar dari badan dah!

Mula-mula masuk tu, kenalah bagi salam dulu. Pastu hand over file tu kat sorang lagi interviewer tu (ada 2 org panel seperti yang aku dah cakap tadi). Mula-mula sekali mestilah dia suruh introduce yourself. Pastu kenalkanlah diri as in nama, asal, hobi, skolah, mak ayah kerja apa, bla bla bla... Yang bestnya dia ada tanya soalan pasal kpop. Aku sebagai peminat kpop sejati apa lagi terus menggelepar sampai berbuih-buih mulut. Okay, yang tu tipu je sebenarnya. Kalau dia dah soalan yang ada kaitan dengan kpop, memang senang macam ABC lah jawabnya. Tambahlah segala perencah ajinomoto dan juga maggi sedap rasa. Nak je aku buat essay 600 peranggan pastu bagi dekat pakcik interviewer tu. Okay, itu satu lagi penipuan aku dah confess. 

Kebanyakan soalan yang dia akan tanya biasanya berkaitan dengan apa yg kita jawab sebelum tu. So, senang cakap kira continuous question la... Oh ya! Kena alert pasal current issue sebab dia boleh tanya random je nanti. Ada sorang member lain, tak tanya pun pasal current issue, tup-tup dapat kat aku, boleh plak dia tanya. Nasib dah prepare awal2, ada buat research sikit-sikit kalau tak memang mati terngangalah mulut aku kat situ. Antara contoh current issue yang korang kena alert kebanyakannya pasal pendidikan dan mungkin bidang perguruan sikit-sikit. Contoh time aku interview ni tengah hangat isu pasal PTPTN nak mansuh. Jadi, PTPTN lah yang jadi modal aku nak menjawab hari tu.

Keseluruhannya aku rasa sesi interview ni memang best. Serious! Kali ni aku tak tipu punya. Maybe nasiblah kot sbb dpt interviewers sporting bagai. Siap boleh gelak-gelak lagi. Dapat tak dapat, tu semua kuasa Allah. Jadi I just pray for the best cause he knew what is the best for me. Kalau nak dibandingkan dengan interview IPG, aku rasa IPG lagi susah. Rasa nak terkencing pun ada. Dahlah semua orang bijak gila. Aku ni tak berapa nak pandai. Nama je straight A tapi A+ aku bukan banyak pun. 3A+ je yang lekat. Ceh! Bedebah betul!


p/s: Entry ni telah pun diedit memandangkan adik-adik yang lain ada tanya pasal part interview tu. Aku ada tambah sedikit setakat mana yang aku ingatlah yek! Sekarang ni aku dah degree nak masuk final first year. Yehet! Kalau ada apa-apa soalan boleh je tanya, takyah malu-malu. Walaupun aku dah memang tak update sebab malas tapi kadanh-kadang blog ni aku buka jugak. Lastly, good luck untuk adik-adik yang bakal di interview! Keyakinan diri itu penting bebeh!

9 comments:

  1. ok..saye dpt jgak..27 nih..cuak thp gaban nih...

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tanya kalau dia suruh "tell me about yourself", nak jwab apa eh? Saya takut nanti tak pasal2 melalut, cerita benda yg dia tak berminat nak tau.. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. Kalau dia tanya pasal soalan tell me about yourself. Mula- mula skali of course lah sebut nama, age, where are you from,parents' occupation, hobby/s, spm result and etc. nak tambah yg lain boleh, tapi what i just mentioned to you earlier is essential. from that 'tell me abt yourself' question, they can ask you more and better prepared. nak tipu sikit-sikit pun takpe, diaorg bukan tau pun. hehehe... :) good luck!

      p/s: dpt interview dekat mana?

      Delete
    2. Hehe thank you~ *sorry saya lambat balas*
      Dapat interview hari tu kat UiTM Machang.
      Semalam result UPU dah keluar & alhamdulillah saya terpilih untuk program asasi TESL ni.. Your blog did help me here and there. Thanks ^^

      Delete
  3. I need tips! Can I have your fb ke..

    ReplyDelete
  4. emm..sy bru apply..tp just nk tny klw dia tny psl current issue,jwpn kita tu more to our opinion ke atau common??

    ReplyDelete
  5. Hi there! I just found out that I managed to get myself an interview dekat Uitm kedah and it's actually in a few days. The thing is, I have zero idea what the interview is going to be like and what type of questions should I be expecting.. /: When you said that I have to be aware of current issues? What did you mean by that, really? Oh and if I made it in and complete my foundation, will I be able to proceed my degree elsewhere in another uni, like UIA?

    ReplyDelete
  6. Hello and sorry for the superb late reply. i know that the UPU result had already been announced, so i don't think this reply would give any help but i'll try my best to answer your last quest. After your foundation year, you'll be able to proceed to other uni such as UIA, UKM, UM, UPM and so on. Even though you are from UiTM, that doesn't give you any free ticket to enter UiTM degree in TESL that easily. lots of bumps and hurdles that are waiting in the future. But what i want to stress in is that, study hard, the minimal pointer you should get is 3.33, MUET band 4, be confident, don't make lecturer hate you and inshaAllah, the road for you to continue degree in TESL especially is easy. sorry, if it's doesn't help you at all.

    ReplyDelete