Wednesday, 25 April 2012

10 PERKARA TENTANG LELAKI

OK. Memandangkan otak aku pun dah tak tau nk post pasal apa. So, aku mengambil langkah yang drastik (ceh! konon-konon nye lah kan. padahal tak pun~~ =__=" ) untuk mengepos benda alah ni. Sebabnya dah lama dia dok dalam draft je so arini baru datang mood nak edit, kasi kaler sikit-sikit, buat itu, buat ini. Maka dengan bangganya lahirlah post ni.

Ni suma aku tak tau lah betul ke tak tapi hanyalah pendapat aku je. Kalau ada yang tak bersetuju, senyap=senyap jelah. Kutuk dalam ati je, jangan kutuk kat blog aku plak! Klu kutuk dalam fesbuk takpe, aku tak marah sebab aku taktau. Maybe benda ni berguna untuk para kaum hawa tahu pasal lelaki.


  • Ada waktunya lelaki lebih suka menamalkan sikap berdiam diri dari bercakap banyak-banyak macam murai cabut ekor. So,korang takyah la ambik ati sangat. Memang dah nature diaorang camtu. Nak wat camne, ye tak?

  • Kaum lelaki ni memang tak suka keluar shoppping lama-lama. Klu diaorang rasa nak beli, diaorang akan terus beli and then balik rumah. Tapi buka semua camtu sebab ada jugak spesies yang memang jenis shopaholic punya. Kira shopping complex tu rumah kedua diaorang la gitu. Nak beli baju satu je, tapi try berguni-guni baju sampai promoter, sales girl tu penat la dok susun lipat and gantung balik baju kat hanger.

  • Kalau korang tak bersedia nak bercerita tentang sukan,politik, ketenteraan, channel national geographic.history -adalah amat dinasihatkan agar jangan memulakan topik perbualan dengan tajuk-tajuk berkenaan. Kang mula la terkulat-kulat nak jawab. Tak ke haru jadinya~~

  • Dalam istilah couple, "You. kalau you ada masalah, you ceritalah kat I. Kan you dah janji yang takde rahsia antara kita."kata si pakwe. Ye, korang memang boleh story kat boyfren korang tapi janganlah berharap sangat yang diaorang akan bersimpati macam mana bestfren korang akan wat. Tapi at least, korang adalah tempat mengadu walaupun reaction si dia tak brape nak bagus.

  • INGAT!! One of the way to seduce a guy is through his stomach. Sebab tu ramai lelaki nak cari perempuan yang betul-betul boleh take care diaorang sampai tua. Dari sapu sampah sampailah MEMASAK. Kalau stakat boleh buat cupcake, biskut raya -takkanlah laki korang penat-penat balik kerja nak makan benda alah tu? Apa barang beb!?Ari-ari makan. mahu koma setahun sebab tekanan darah tinggi.

  • Ha! Benda ni paling penting skali!!!! Jangan sesekali korang nak compare boyfren korang yang skarang dengan ex korang yang dulu. Contohnya pasal keromantikan, kehensemman, ketebalan poket or apa-apa jelah yang boleh dibandingkan. Skali dua bolehlah tapi kesabaran diaorang ni ada had juga cam orang pompuan.

  • Lelaki ni paling tak suka apabila menerima and mendengar arahan. Tak kira lah sepenting mana pun korang dalam ati dia, tapi diaorang memang tak suka! Muka nampak cool je time dapat command tapi dalam ati membara-bara api. Agak-agak dah berbakul dia kutuk korang dalam ati.

  • Jangan sesekali korang cakap yang korang nak break dengan dia just untuk suka-suka. Time tu si dia mulalah menggelabah and cari jalan untuk pujuk korang. Bila dah puas, korang boleh pulak ketawakan dia and cakap, "I tipu je... Actually I saje je nak test yang you sayag ke tak dekat I." Bila hal-hal yang melibatkan ati,otak,limpa,peparu,jantung a.k.a perasaan -memanglah si lelaki akan ambik serius lagi-lagi bila dia dah sayang cam separuh nyawa diaorang.

  • Tidak semua lelaki mampu megingati tarikh-tarik penting cam anniversary, birthday korang, tarikh kucing korang mati or even kadang-kadang birthday diaorang sendiri pun, diaorang tak ingat. Korang pikir logik dari situ jelah. Bab-bab macam ni bagi diaorang cam cikai je. Apa yang penting "I sayang you, you sayang I. Jangan you ada orang lain sudah." 

  • Lelaki ni pantang sikit tengok pompuan nangis depan diaorang. Hati diaorang ni cepat lembut bila nampak girlfren diaorang nangis. Tapi kalau si awek ni dah nangis slalu, tak dapat simpati dah dari si dia, dapat menyampah adalah! 

No comments:

Post a Comment