Saturday, 24 May 2014

[Resepi] PAVLOVA

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

  • 4 biji telur putih
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp cuka/ tartar cream
  • 1/2 atau 1 sudu besar vanilla essence

BAHAN B
  • 1 cawan non-dairy whipping cream
  • Buah-buahan (lebih baik yang masam sedikit rasanya)


CARA-CARA:
  1. Panaskan oven antara 130-140 darjah celcius. Guna api bawah sahaja.
  2. Putar putih telur sampai gebu dan soft peak. Means bila terbalikkan, dia tak jatuh atas kepala. Guna kelajuan yang paling tinggi.
  3. Sambil putih telur diputarkan, mula masukkan gula sedikit demi sedikit. Jangan berhenti dari memutar.
  4. Bila betul-betul dah kental, masukkan tepung jagung + cuka + vanilla essence. Mula dari part ni, boleh je nak gaul guna spatula.
  5. Kecilkan sedikit api dalam oven sebanyak 110 darjah celcius. Tetapkan masa lebih kurang dalam 1jam 15 minit hingga 1 jam 30 minit.
  6. Letak meringue atas baking paper. Kalau nak nampak cantik nanti, biar yang tepi tinggi sedikit dari bahagian yang dekat tengah.
  7. Meringue mula masak bila kulit luar jadi warna keperang-perangan. Dan bila sentuh, dia akan melantun(?) balik macam marshmallow.
  8. Sambil menunggu, mula keluarkan bahan B tadi. Pukul whipping cream sampai dia naik gebu.
  9. Bila meringue dah masak, jangan bawa keluar dulu. Biarkan dia rehat dalam oven selama 10minit sambil pintu oven terbuka.

Tuesday, 20 May 2014

[Resepi] KEK KEJU JEPUN/ JAPANESE COTTON CAKE

Sebenarnya resepi ni aku dapat dekat facebook. Tak ingatlah dekat mana tapi tak silap dekat Resepi Mudah. Disebabkan time ni tengah cuti semester, jadi dari takde apa-apa nak buat. Maka aku pun mengambil keputusan yang drastik untuk membuat kek. Ewah! Nak buat kek ni sebenarnya taklah susah sangat. Bukan nak berlagak tapi itulah hakikatnya. Sebab aku yang first timer ni pun, menjadi nak buat cheesecake ni. Nampak tak betapa mudahnya nak buat kek ni. Ewah! Sebenarnya kek ni bila makan tak manis pun tapi rasa cheesy tu adalah. Disebabkan rasa dia yang plain tu, jadi aku pun buatlah cream cheese untuk dia. Dan jadilah cheesecake yang tengah hangat di pasaran dan menjadi kegilaan anak-anak muda zaman sekarang iaitu CHEESECAKE LELEH!


BAHAN-BAHAN:

  • 7 keping (kalau beli jenis yang letak atas roti)/ 200 gram (kalau beli yang jenis block) cheddar cheese
  • 200ml susu segar/ susu cair
  • 4 biji telur dan asingkan yang putih dan kuning
  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 75 gram unsalted butter
  • 100 gram gula halus
  • 1/2 tsp cream of tartar (kalau takde takpe, boleh digantikan dengan cuka)
  • 1 tbsp essence vanilla


CARA MENYEDIAKAN:
  1. Panaskan oven pada suhu 120 darjah celcius.
  2. Koyakkan atau potong kepingan cheese tu kecil-kecil. Dan kemudian campurkan dengan susu. Masak dengan api yang perlahan dan kacau selalu.
  3. Bila dah hancur, masukkan butter. Bila adunan dah cair, tutup api dan biar seketika.
  4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tartar atau cuka sehingga kembang dan menjadi meringue (bertanduk dan bila terbalikkan bekas, dia tak jatuh)
  5. Kemudian pukul kuning telur sehingga kembang dan tapiskan sebelum dimasukkan ke dalam adunan cheese tadi. 
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dengan adunan.
  7. Essence vanilla tidak harus dilupakan. Masukkan satu sudu makan essecnce vanilla.
  8. Seterusnya, masukkan adunan meringue tadi. Kaup balikkan adunan supaya tiada ruang udara yang tertingga. Buat begitu sampai adunan sebati.
  9. Sapu sedikit butter pada sekeliling loyang. Kalau tak letak baking sheet pun takpe sebab kek tu senang je nak keluarkan nanti.
  10. Letak loyang dalam bekas yang berisi air panas.
  11. Naikkan suhu oven pada 160 darjah celcius. Bakar sehingga permukaan kek kelihatan kuning-kuning nak masuk warna coklat. Resepi asal cakap bakar 40minit sehingga satu jam, tapi mungkin disebabkan saya buat dalam bekas yang kecil, masa membakar tu jadi 20minit je.


CREAM CHEESE:

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram cream cheese
  • 120 gram susu pekat manis
  • 50ml susu segar/ susu cair/ UHT Whipping Cream
CARA PENYEDIAAN:
  1. Campurkan kesemua bahan di atas. Adunan ini memang sepatutnya cair. Kalau nak cair lagi bolehlah ditambahkan lagi susu segar/ susu cair/ UHT Whipping Cream.

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 24 September 2013

BLOCK B - BE THE LIGHT LYRIC

ROMANIZATION


eodu keom keomhae boiji anha

son ppeodeot jiman
baram man budijhyeowa
waenji moreuge natseon igot
chora hame igsughae jine
geurimja cheoreom jinae

hanbeon jjeum nal bwajul

georan bujireobtneun gidaewa
sangsang sogui neowa
bamsae nanuneun daehwa
I deep inside of you
(I can’t get over)
ojig neomani
nae jubyeoneul balghyeo

bichi doe eojwo

kkamahge garyeojin
mameul neoro balghyeojwo Oh
eoreo buteun nal nogyeo
jina chige nuni bushyeo seo
ttan nomdeul
chyeoda boji motage

bichi doe eojwo

(Shine your light on me baby)
bichi doe eojwo Uh uh uh oh
bichi doeeojwo
(Shine your light on me baby
saljjag seuchi giman haedo
modeungeol ppaeatgin gibuniya)

nohchigo shipji anha

sum cheoreom nae
gyeote neul meomul jiman
manjil su eobseoseo
galsurog deo aejeorhaejyeo

najen taeyangi doeeo

nal ttasarobge hae jumyeo
bamen dallo byeonhaeseo
hwang horhan nangmaneul jwo
jeo meolli banjjag
georineun mueon gal
jjocha I can see in the dark
biga geuchigo neoga
nal bichuneun nal
i sarangeun dashi pieona

bichi doe eojwo

kkamahge garyeojin
mameul neoro balghyeojwo Oh
eoreo buteun nal nogyeo
jina chige nuni bushyeo seo
ttan nomdeul
chyeoda boji motage

bichi doe eojwo

(Shine your light on me baby)
bichi doe eojwo Uh uh uh oh
bichi doeeojwo
(Shine your light on me baby
(You always by my side look)

jiteun amheug sogeseo deo

seonmyeonghae jineun
ne moseub nal nun meolge hae
ne sumi dahneun gose seo seongimyeo
bin jarireul chaewo
naran nomi chueog doege
je jariseo jikyeo boneun geot mani
sangcheo eobshi
neoreul soyu haneun bang shig
You’re all I see and you`re all I need
jigeum cheoreom man isseojwo Please

bichi doeeojwo Ho ho

du soneuro nun apeul garyeodo
neol jiul suneun eobseo

bichi doe eojwo

kkamahge garyeojin
mameul neoro balghyeojwo Oh
eoreo buteun nal nogyeo
jina chige nuni bushyeo seo
ttan nomdeul
chyeoda boji motage

Romanization: KROMANIZED.com

ENGLISH TRANSLATION
It’s dark and I can’t see

I put out my hand but only
the wind clashes I don’t know
why but this place is strange
I’m getting used to this misery
I live like a shadow

With the useless hope that

you’ll look at me at least once
The conversation I have with
you all night in my imagination
I deep inside of you
(I can’t get over)
Only you can light up
my surroundings

Be the light

Shine on my black
and hidden heart
Melt me from being frozen
So that I’ll be so dazzling
That no one else
can look at me

Be the light (shine your light

on me baby) Be the light uh
uh uh oh Be the light (shine
your light on me baby) Even when
you slightly pass by me, I feel like
everything has been
taken away from me

I don’t want to lose you

You linger by
my side like my breath
But I can’t touch you
So I get more desperate

Be the sun during the day

and make me warm
Change into the moon at night
and give me an ecstatic romance
I chase after
something that twinkles
far away, I can see in the dark
The day the rain stops
and you shine on me
This love will bloom again

Be the light

Shine on my black
and hidden heart
Melt me from being frozen
So that I’ll be so dazzling
That no one else
can look at me

Be the light

(shine your light on me baby)
Be the light oh oh oh
Be the light
(shine your light on me baby)
(You always by my side look)

You become clearer in the thick

darkness Making my eyes go blind
I pace back and forth at the place
where your breath touches
Filling up the empty spots and
making a guy like me into a memory
Watching over you from the same
spot is the way to keep you without pain
You’re all I see and you’re all I need
Just be there like you
are now, please

Be the light, ho ho

Even if I cover my eyes with my hands
I can’t erase you

Be the light

Shine on my black
and hidden heart
Melt me from being frozen
So that I’ll be so dazzling
That no one else
can look at me

English: POP!GASA

Sunday, 22 September 2013

Oreo Cheesecake Resipi

Harini, akhirnya berjaya jugak buat oreo cheesecake! Muehehehe!!! Sebenarnya dah lama mengidam nak buat benda alah ni tapi biasalah ada je benda-benda yang menyebabkan niat nak buat ni terhalang. Asyik-ayik makan kat Secret Recipe je. Bosan mak! Ok, itu tipu je. Cakaplah jelah sayang kat duit tu! Finally harini hajat dapat ditunaikan before nak sambung belajar degree. Alhamdullilah... 

Serious senang gila nak buat cake ni. Jenis cake yang aku buat ni jenis yang non-bake punya. So oven and yang seangkatan dengannya bolehlah disimpan buat pekasam. 

Bahan-bahan.

  • 2  paket oreo
  • 1 cawan whipping cream (tak kiralah yang heavy atau non-heavy sebab dua-dua boleh. Kalau suka cake yang rasanya padat bolehlah guna heavy)
  • 1 1/2 gula pasir
  • 200 gram cream cheese
  • 1/4 unsalted butter
  • 1 sudu teh vanilla essence


Cara-cara

A. Oreo Crust

  1. Ambil 13 keping oreo dan masuk dalam food processor. Kala takde food processor bolehlah guna cara manual iaitu ambik sudu dah hancurkan oreo tu sampai hancur as in sampai jadi macam biscuit crumbles.
  2. Panaskan dulu non-stick pan dan masukkan 1/4 unsalted butter. Buka api tu biar perlahan-lahan je. Lepas dah cair, gaulkan butter tu dengan oreo yang hancur tadi. Gaul biar sekata.
  3. Letak baking paper dalam bekas. Dalam kes aku, baking paper dah habis. So aku ganti dengan aluminium foil je. Sebab? Sebabnya nanti senang nak keluarkan kek tu dari bekas.
  4. Ratakan oreo yang bersalut butter tadi kat dasar bekas. Mampatkan dia.
  5. Letakkan dalam peti sejuk sekejap sambil korang nak buat aduan B tu nanti supaya dia keras sikit.

B.Oreo punya inti(?). Entah! Lantakah, janji sedap!

  1. Mula-mula letak whipping cream dalam mixer. Putar sampai dia dah agak-agak kental gitu.
  2. Campurkan vanilla essence, gula pasir dan cream cheese. Gaul lagi sampai dia punya intensity dah macam mengancam dan meyakinkan.
  3. Pastu patah-patahkan dalam lima atau enam biskut oreo. Putarkan diaorang sekali dengan adunan tadi.
  4. Jeng! Jeng! Jeng! Dah siap pun sebenarnya.

Conclusion
  1. Korang ingat lagi tak dengan oreo crust yang dalam peti tu tadi? Haa... bawa keluar oreo crust yang dalam bekas tu dan bubuh bahan B tadi kat atas dia. Spread cream tu evenly kat each area
  2. Simpan dalam peti sejuk. Korang agak-agak la sendiri berapa jam nak letak dalam tu. Aku letak dalam peti sejuk tu selama 6 jam. Actually bajet nak letak dalam empat jam je tapi sebab gi jejalan maka terbiarlah dia dalam peti tu.

Thursday, 22 August 2013

Netizen Buzz: Cat stew

Netizen Buzz: Cat stew: Article: "Boiling a live cat... Do you know what a 'Nabi stew' is?" Source: No Cut News via Naver Journalist: Can you ...

Monday, 3 September 2012

BARANG YANG PERLU BIBAWA KE UNIVERSITI

Memandangkan adik-adik bakal menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi, pastu MERDEKA!!!!! Yeah.... time tu memang duduk dalam heaven je rasa. Duduk kat rumah bukan buat apa-apa pun. Dok tanam anggur je adalah. Rasa macam dunia ini aku yang punya. Ceh, konon-konon nyelah!
Tapi serious, memang best gila time baru lepas habis SPM. Dah tak yah bangun pagi-pagi buta, nak gosok baju putih kain biru tu lagi. Online je sepanjang masa. Pergi kelas memandu. Keluar dengan kawan-kawan dekat mall.  Time tu memang tak pikir apa. Otak kosong!

And lepas tu, result UPU pun keluar. Yang result baik, insyaAllah akan dapat tempat kat universiti or mana-mana tajaan yang sepatutya. Yang resultnya tak berapa nak baik, takpe.... Maybe bukan rezeki korang kat situ. Time dekat-dekat nak masuk ke alam universiti tu, maka mak-mak mulalah mencari barang-barang yang anak dia nak bawa ke kampus nanti. So, apa sebenarnya yang perlu korang bawa ke universiti?

Biar aku cakap awal-awal. List-list barang ni is based on girl view. So, untuk budak-budak lelaki tu, you just tolak and tambah yang mana-mana patutlah. Some things are not compulsory just necessary supaya lebih memudahkan hidup korang.

ORIENTASI(MDS) *khas untuk students UiTM
~ baju kurung 6 pasang.
~ kasut sukan, jangan berangan nak pakai kasut yang fancy-fancy sebab memang melecetlah kaki korang tu nanti.
~ for girls yang free hair tu, sila-silalah bawa tudung 2, 3 helai sbb time MDS wajib kot korang kena pakai tudung
~ laptop takyah bawa lagi sebab dah ada kes kecurian laptop
~ well, for guys mestilah bawa baju yang berkolar, kasut bertutup, tie.
~ senang cakap pakaian formal gitu...

^^^^^^^^^^
PAKAIAN & FOOTWEAR
~ baju kurung especially for Monday and Friday. But if you're a pre-TESL student in UiTM Lendu, then you will stuck to this style of clothing throughout whole semester.
~ t-shirt
~ seluar jeans
~ seluar tido, pajama 
~ kain batik
~ cardigan. Sweater? maybe yes, maybe no. Depends on you.
~ telekung
~ baju putih kosong lengan panjang for diploma students only. Asasi TESL students takyah pun sebab kita bukan ada kokorikulum pun.
~ special for Asasi TESL students, no flip flop please. Lecture sangat pantang tengok budak pakai selipar Jepun gi kelas
~ stoking
~ kasut sukan? i don't think that Asasi student need those but diploma student, YES!

TOILETRIES
~ shower gel. Kalau bawa sabun buku, leceh. Nanti termasuk dalam lubang mangkuk tandas. Amik kau!
~ Berus gigi & ubat gigi
~ Pencuci muka
~ Shaver
~ Shampoo and conditioner
~ Deodorant
~ Perfume
~ Nail clipper
~ Baldi
~ Pad
~ Mekap kot-kot mana tau nanti ada abang-abang yang kachak lagi ohsem akan terpikat
~ Pewangi locker (?)
~ Cotton bud
~ Plastik sampah (not necessary)
~ Mini sewing kit
~ Tuala 2 helai. Takkan sepanjang semester korang pakai tuala yang sama hari-hari kan?

LAUNDRY
~ Sabun basuh baju. Better kalu beli sabun serbuk, terus salin dalam bekas lain. Sebab takut tertumpah.
~ Iron
~ Hanger bawa dalam 20 kot (?) sebab nak hidai baju kena guna iron gak.
~ Pengepit baju

EMERGENCY
~ Ubat nyamuk. Tapi normally tak banyak mana pun, just for certain days
~ Penadol
~ Minyak angin
~ Period painkiller
~ Minyak gamat. Not necessary actually.
~ Pil Chi Kit Teck Aun
~ Ubat selsema

MAKAN & MINUM
~ Sudu
~ Garpu
~ Stok makanan especially for breakfast
~ Pinggan
~ Mangkuk
~ Gelas / Cawan
~ Minuman 3 in 1
* pastikan segala perkakas diperbuat daripada plastik.

ETC.....
~ pendrive
~ atm card
~ file yang nak isi kertas
~ bantal
~ selimut
~ bed sheet (2) = takut terkena darah period
~ tudung sehelai, dua. Untuk yang free hair okay. Sebab biasanya untuk subjek CTU, ustazah agak pantang.
~ laptop and charger
~ charger handphone
~ jam loceng (maybe tak perlu kot unless kalau telinga korang kebal macam gajah)
~ surah yassin sangat perlu sebab kita tak tau benda-benda yang ada kat sekeliling kita
~ alat tulis
~ buku kosong sebiji, dua
~ tikar kecik (mana tau korang nak golek-golek kat atas lantai)







Friday, 31 August 2012

Norma Kehidupan



Kita hidup dekat dunia ni bukannya sentiasa ada kat atas selalu. Kadang-kadang akan jatuh ke bawah juga. Kan orang selalu cakap yang hidup ini umpama roda, kadang-kadang kita akan ada di atas, kadang-kadang kita akan ada kat bawah. Ya... Begitulah sebuah perjalanan yang bergelar KEHIDUPAN.

Kehidupan dekat universiti ada yang manis, masin, pahit, kelat, masam. Dekat sini jugalah kita akan kenal yang mana kawan dan lawan sebenarnya. What friendship is all about. What life means to us. How valuable the high school is. Ya! Kita akan sedar semua tu bila je saat kaki mejejak ke alam menara gading. Tak percaya? Well, it's up to you. But seeing is believing.

Aku still tak boleh nak terima hakikat yang roommate aku sendiri boleh fitnah aku. I thought our relationship was on a good term until I realized how stupid I am. Boleh pulak dia nak jaja cerita sana sini yang aku curi dia sebanyak RM 300. Defaq???!!! Wei! Aku ni bukanlah sangap sangat nak curi duit kau. Setakat RM300 tu apalah sangat. Tiap-tiap bulan pun family aku masuk dalam bank aku RM600. Kandang-kadang berlebih kot duit tu sebab aku tak dapat habiskan. Dalam ATM aku pun ada RM1000 lebih. Tu tak termasuk duit KPT lagi. Kalau campur semua tak ke aku dah ada lebih RM3000. Apalah sangat berbanding duit RM300 kau tu. Tak hadapnya aku. Besides that, yang tiap-tiap minggu keluar bandar tu kau, bukan aku. Ye aku tau, sebab kau takut mak kau tanya mana duit yang lain melayang, maka kau pun buat lah cerita taik kambing kau tu. Dan aku jadi kambing hitamnya.

And lemme tell you one thing, aku dah kenal engkau lebih 6 tahun dah. Segala luar dan dalam kau aku dah tahu. Sejarah kau mencuri dah ada. Buka sekali tapi dah banyak kali. Waktu form 2, from 4 dua kali, duit mak kau lagi and the latest duit Myra. Oh, please stop pretending like you're not aware of it.

Dah adat manusia. Ada yang baik, ada yang perangai macam jahanam. Muka mansia tapi bertopengkan setan. Konon-konon kau tu angel lah sangat. Nak tunjuk baik sangat, innocent, mangsa keadaan, bla bla bla. Memang bagus sangatlah kan jual cerita fitnah kau kat orang lain. Kau kan pelakon terhebat. Good job! Aku bangga ada kawan plus roommate macam kau.

P/S: Disebabkan kau suka menjual maka mungkin aku patut lantik kau jadi penjual kuih untuk next film aku. Oooppss! Lupa! Kau bukan suka jual kuih tapi jual cerita fitnah kau.