Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

INTERVIEW IPG 2012

Haa... aritu aku dah story kat korang pasal interview TESL. La ni aku nak cite pasal interview kat ipg plak or KPLSPM atau dalam bahasa panjnangnya Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Entry kali ni  maybe panjang sikit kot, tahlah....aku pun tak sure sebenarnya.

Okay, first skali aku nak bersyukur sangat kat Allah SWT sebab dah makbulkan doa aku. Ya! Saya bakal menjadi pelajar Asasi Tesl di UiTM Alor Gajah, Melaka. Memang banyak ah preparation kena buat. Duit pun terbang melayang-layang kat owner punya store baju. 2hb Jun ni aku daftar kat sana. Ngee~~ tak sabarnya!!!

Back to the main topic, aku dapatlah panggilan temuduga untuk menjadi bakal guru di IPG pada 10 Mei yang lalu so memori tu still fresh lagi dalam otak aku. Pusat temuduga aku ialah kat Kuala Lipis and aku dapat subjek Sejarah Sekolah Rendah. Actually time mula2 isi borang maktab ni aku letak English as my first chioce, Sejarah second choice. But then....aku dapat Sejarah.

Dari Kuantan nak pi sana adalah dalam 2 jam setengah gitu tapi jalan dia kalau ikut Jerantut berbelit-belit cam ular kena palu. Puan emak dan Encik Ayah telah pun memohon cuti selama 2 hari kerana semata-mata untuk anak mereka yang tercinta ini. Hari rabu tu, dalam pukul 10.30 kitaorang pun bertolak dari Kuantan. Sepanjang perjalanan tu kerja aku tido je sebab aku ni cepat dapat mabuk kete. Kira emang fail lah nak jadi second co-driver. Singgah situ, singgah sini, singgah petronas, singgah R&R and finally sampailah kitaorang kat Kuala Lipis dalam pukul 2 gitu. Kitaorang check in kat Hotel Center Point.

Keesokan harinya, pagi-pagi mak aku dah kejut aku dalam pukul 5.45. Aku dalam mamai-mamai pun pergilah mandi. Perrrghh!!! Sejuk gilak ah air dia sbb water heater hotel tu rosak. Adoiyai....=__=" Lepas solat subuh, make up, pakai tudung semua, akhirnya pukul 6.55 tu, kitaorag pun keluar dari bilik hotel and terus check out. Tapi sblm tu mestilah ambik breakfast dulu...

Dalam pukul 7.15 gitu, Encik Ayah pun memulakan perjalanan ke IPG dengan bismillah. Alhamdullilah, dalam 7.30 dah sampai kat sana. Sampai je sana, dalam otak memang dah terlintas dlm otak --> okay,tempat ni memang x best! sebab jauh giler kot dari bandar. Cari-cari punya cari, rupa-rupanya oh! kena pergi dekat library dia rupanya. Sampai je dekat library dia,tengok kiri,tengok kanan. Tak ramai lagi yang sampai.

Pukul 7.50, ada briefing sekejap sebelum masuk untuk ujian INSAK. Dalam briefing tu, dia a.k.a moderator tu cakap la suruh susun sijil and bla...bla...bla... Tepat pukul 8,kitaorang pun diarahkan untuk masuk dalam perpustakaan tu. Aku dapat group C, panel 4. Sebelum buat ujian,sempatlah aku borak2 dengan diaorang -->kira ice-breaking gitu. Group kitarang ada 5 orang termasuk aku. 4 orang untuk course Sejarah tapi yang sorang tu ajar pendidikan khas while the other one lagi course Muzik.

Ujian INSAK tu senag je... 135 soalan dalam masa 30 minit. Dia ada jawapan A dengan B je... Contoh soalan dia macam ni.
"Anda ternampak lelaki hensem melintas di depan anda ketika anda sedang membaca buku. Apakah reaksi anda?"
A: Saya akan terus bangun dan terajang muka lelaki tersebut sambil berkata, "Apakah? Ini sungguh tidak adil!"
B: Saya akan buat dunno dan terus menumpukan perhatian terhadap pembacaan.
Haa...soalan dia lebih kurang camtu lah. Tapi yang tu contoh je. Jangan tertipu dengan ayat aku yang merapu-rapu tu.

Habis je ujian INSAK, panel yang seramai 2 orang tu pun mintak kitaorang keluar dari bilik tu. Tak sampai 5 minit, diaorang panggil balik kitaorang masuk bilik tu. Masuk-masuk je dah nampak yang kerusi-kerusi tersebut disusun secara separa bulatan. Pastu pakcik tu bagi satu kertas setiap orang yang tertaip tajuk yang sepatutnya kitaorang kena present. Kitaorang dapat tajuk "TEKNOLOGI MAKLUMAT". Okay, part ni tak best sangat sebab takde benda yang menarik pun. First sebab nervous, second sebab AWKWARD gilaaaa~~ Tapi one thing for sure,budak-budak lelaki banyak dominate dalam sesi berkumpulan tu. Bercakap taknak kalah masing-masing.

Dalam 5 minit selepas sesi berkumpulan, tibalah saat-saat yang paling mendebarkan iaitu interview individu. Memang ketaq ah kepala lutut aku sampai tercabut dari kaki. <--okay, hiperbola sangat.  Mula-mula dengar bunyi loceng menandakan bahawa dia suruh 1st candidate tu masuk. Lama jugak ah dia masuk. Dalam 15 minit gitu. Tak lama lepas tu, tibalah turn aku. Mula-mula masuk ketuk pintu dulu and bagi salam dengan muka yang penuh ayu. Okay,time tu rasa senyuman macam plastik giler.

Start interview tu dia tanya soalan ringan-ringan je dulu. Ala-ala macam borak santai dalam rancangan Wanita Hari Ini. Habis je soalan ringan-ringan tu,para pakcik interviewer tu dah start attack aku. Ikutilah perbualan   kami. Cewah! Interviewer(I) ; Aku(A)

I: Selain dari IPG,awak ada memohon untuk pergi ke tempat lain seperti matrikulasi atau universiti?
A: Ya,saya ada memohon untuk UPU. Saya telah mendapat tawaran ke UiTM Alor Gjah bagi Asasi TESL.

I: Abis dah dapat universiti, kenapa nak masuk maktab jugak? Pergi jelah universiti tu
A: *dalam hati* What the whattt???? Adakah kerana saya baik hati, lemah-lembut, ramah-tamah lagi sopan santun maka pakcik telah me'reject' saya yang comel ini?

I: Baiklah,memandangkan awak ambik course Sejarah. Jadi, marilah kita bercakap pasal Sejarah. Cuba awak terangkan pasal pahlawan yang awak ketahui.
A: *time tu lagi sekali aku mengalami situasi WHAT THE WHATT??* Disebabkan aku paling suka and ingat Rentap, maka aku pun sedaplah menggoreng depan pakcik-pakcik tu.

I: Eh,awak ni... Rentap tu jauh sangat. Cuba cerita sedikit pasal yg dekat-dekat sini je. Contohnya Tok Gajah,Dato Bahaman.
A: *sejujurnya aku cakap dekat korang, time tu memang aku ingat pasal Encik Rentap tu je. Blank kata kau!* Jadi aku pun sekali lagi menggoreng pasal Mat Kilau punya history. Kali ni goreng bukan sekadar goreng. Ini goreng sampai hangus. Pakcik yang interview tu  senyum je sebab aku memang bagi fakta yang tak pernah tertulis dalam sejarah! Nasib baik dia pun play along je. Confident itu penting diknon!

I: So, what do you think about kids nowadays that used excessive time by staying in front of computer for a long time? Give reason and why.
I: Murid-murid zaman sekarang mengatakan bahawa Hang Jebat itu betul sebaliknya Hang Tuah itu salah. Jadi anda sebagai guru di masa hadapan, bagaimana anda ingin membetulkan fahaman ini?

Okaylah,sampai sini je aku nak tulis sebab rasa macam panjang gila ah! Kepala pening menghadap pc lama, korang pun mesti pening nak baca kan? But still ni adalah antara pengalaman yang tak semua orang dapat experience, betul tak? Walaupun aku taklah berharap sangat untuk dapat sebab aku rasa memang like a total loser at that time.

p/s: setelah sekian lama menunggu, akhirnya result ipg pun dah keluar. Seperti yang dijangka, aku tak dapat pun... sedih? mestilah ada sikit kan... Puan Emak suruh aku buat rayuan. Sebagai anak yang baik hati, lemah-lembut, ramah-tamah dan sopan santun, maka aku pun buatlah rayuan. Kemudiannya, aku meneruskan hidup sebagai pelajar Asasi Tesl dengan aman sehinggalah dua minggu kemudian. Believe it or not, aku memang lupa gila nak check result rayuan ipg sebab sibuk bebenor bila dah jadi student universiti ni (konon!). Sampailah dalam dua minggu kemudian Encik Ayah call aku cakap yang aku dapat tawaran ke ipg. Macam mana beliau tahu? Haa.. ada wakil dari Ipg call sebab dia cakap aku belum bagi jawapan lagi. Maaflah, bukan saya sengaja nak buat-buat lupa T___T.  Kalau nak diikutkan aku dapat sambung belajar ke Beijing untuk course subjek Sejarah tapi untuk SJKCina. 

Setahun buat kursus persediaan kat sini and tahun depan boleh fly ke Beijing, China. Mungkinkah jodoh saya dengan abang yang bermata sepet? Ewah!

Friday, 27 April 2012

Nostalgia Kartun Dulu-dulu

Tadi buka telebisen, alih-alih channel yang best. Takde lah plak...... Nak tengok music bank lambat lagi, so aku pun ambik keputusan layanlah cite Oggy and The Cockroaches. Cite ni pada aku mmg nostalgia kot. Time aku kecik-kecik dulu slalu gak layan cte ni. Abis je cte lipas-lipas yang nakal plus annoying tahap tak hengat tu, aku pun alih pulak channel 611. Perrghh!!! Ini punya cerita lagi nostalgia kot! Cite Dragon Ball tuu~~~ Disebabkan boring plus otak dah sumbat, aku pun layan jelah cte Dragon Ball ni.

Jadi dalam entry kali ni aku nak story lah sikit pasal cite kartun-kartun zaman dulu kala yang aku tengok. Kira ari sabtu and ahad aku dulu, menghabiskan masa tengok kartun je sepanjang hari. Peerrghh~~ Memang heaven gila time tu.

Aku ingat lagi antara cerita kartun tempatan yang memang tiap-tiap minggu aku akan layan tahap tak hengat ialah cerita Keluang Man, Anak-Anak Sidek and Usop Sontorian. Time tu teknologi tak maju cam sekarang ni. Mulut-mulut kartun suma gerak atas-bawa-atas-bawah. Kira memang tahap kaku gila gaban lah! Kekadang layan gak Kelab Disney. Pengacara dia time tu Abang Naz yang muda belia tak kawen lagi sama dengan Kak Sarimah. Tapi Kak Sarimah tak lama, pastu tukar plak jadi Kak Erin.


Haa... Ni watak kegemaran aku dalam cerita Anak-anak Sidek. Tak silap aku nama dia Bun kot? Maybe nilah ex-coach Chong Wei tu. Aku paling tak suka si ayah dia dgn sorang lagi adik dia. Tah apa nama dia, aku tak ingat. Ayah dia tu, sumpah cakap, SCARY giler. Buat salah sikit terus kena bantai. 

Cerita ni memang favorite aku! Aku ingat lagi konon-kononya dia tu dok rumah org sakit jiwa. Bila malam-malam je bertukar and ada sorang member dia ni nama Tiong Man(ok, tak leh blah!). Pastu watak jahat dia ada sorang pompuan ni ala-ala Cat Woman gitu. Kelaasss kau~~ Ada lagi satu watak ni nama dia Detektif Singh kot??! Sorry, tak ingat.

Kalau cerita kartun Jepun plak, aku biasanya layan Dragon Ball. Antara perlawanan yang paling epic skali bila Goku lawan dengan Fliza. Watak yang paling aku suka skali dalam cite ni ialah Bezita sebab dia hensem plus cool walaupun dia tu jahat. Cerita ni dari dia kecik sampailah besar, sampai ada anak nama Gohan, sampailah dia terer lawan boleh bertukar bagai. Fuhh.. agak lama gak kalau nak dikutkan. Ingat lagi, bapak sedara aku time dia muda-muda dulu siap beli komik lagi senyap-senyap dari nenek aku sebaba takut kantoi. Kang kalau dah kantoi, sah-sah nenek aku gi bakar terus buku tu.


Lagi satu cerita yang memang wajib jadi ikutan aku ialah cerita Sailor Moon. Peeerrggh!! Cite ni memang aku layan abis-abis Kasi lentok sama aku. Punyalah aku syok kat cite ni, sampai suruh mak aku beli cd SailorMoon. Dengan lagu-lagu skali siap aku hafal. Disebabkan lagu tu telah di dubbed kan dalam bahasa Melayu so bila dengar agak r lawak. Tapi yang paling tak leh blah skali, skirt minah-minah tu suma pendek tahap tak hengat punya. Aku paling suka Sailor Mercury dgn Sailor Mars sebab diaorg sgt cool~~ Tapi dalam banyak-banyak tu, aku paling suka Masked Man tu. Bila semua awek-awek tu dah abis kuasa, sia pun datang tolong. Paling takleh blah, trademark dia, mesti ada bunga ros skali.
Start dari depan: Sailor Moon, Sailor Mercury, Sailor Mars, Sailor Venus dan Sailor Jupiter.
Perrggh!! Hebat gak ingatan otak aku ni.

Lagi satu cerita yang memang wajib aku tengok tak silap aku ari ahad pukul 5.30 petang. Cite ni cite Power Rangers 'Mighty Morphins.' Ala-ala gitu la tajuk dia. Tapi Power Rangers ni kira yang paling otai ladalam kalangan semua edisi Power Rangers. Aku paling suka Power Rangers yang kaler hitam tu.. Tak silap nama dia Zack Taylor. Aku suka dia sebab dia hensem pastu senjata dia memang gempak ah! Boleh tukar-tukar gitu~~

Okay lah sampai kat sini jelah aku nak tulis sebab mati aku dah sakit menghadap pc ni. Sebenarnya banyak lagi aku nak kongsi pasal nostalgia cerita kartun zaman dulu-dulu ni. Antara cerita yang slalu aku tengok dulu Cybercops, Flashman, Robocops, Perman, Asrto Boy, Ultraman(mmg wajib punya!!) and Tomato Man. Pastu ada lagi satu cite kartun melayu ni tapi aku lupa tajuk dia. Cerita dia pasal buah-buahan. Ynag paling aku ingat buah sukun tu geng dengan buah durian. Kira diaorg ni samseng kampung la..

Bila pikir balik-balik, zaman kanak-kanak tu memang best. Heaven giler! Takyah pikir pasal apa-apa pun. Celik je mata, terus buka telebisen.






Wednesday, 18 April 2012

INTERVIEW TESL UiTM 2012

Nak dijadikan cerita minggu lepas atau lebih tepat lagi pada 15 April 2012, aku telah dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga di UiTM Kuantan 2 di Padang Lalang. Pagi-pagi lagi dah bangun! Well, taklah pagi sangat pun sebenarnya, dalam pukul 7.50am baru bertolak. Hewhewhew. Sebenarnya tertidur lepas solat subuh tadi. Ish, korang jangan ikut perangai tak senonoh aku ni! Pukul 7.15 tu terus masuk bilik air mandi-mandi, gosok selendang, make up (itupun lepas kena paksa dengan  mak aku) dan buat last minute checklist untuk certificate and so on. Haa! Tu lagi satu perangai tak senonoh aku yang korang jangan ikut.

Akhirnya 7.50 keluar dari rumah. Nasib rumah dekat je kau! Sebab dalam area kuantan jugak. Maka ditemani oleh mamaku yang tercinta sampailah sana awal juga dalam pukul 8.05am. Ingatkan aku sampai sana awal sangat, rupa-rupanya tak pun.., Ramai lagi applicants yg sampai lagi awal. Sampai-sampai sana terus call sorang member ni sebab dia pun dapat juga. And kitaorag pun lepak-;epaklah kat sekitar area situ. Time tu sempat lah pandang sekeliling, tengok-tengok gelagat manusia. Ada satu kelompok tu siap pegang buku karangan lagi, ada lagi yang pegang buku tulis penuh dgn soalan-soalan yg akan mungkin akan ditanya oleh interviewer tu nanti. Aku? Hehehehe.... Korang jangan tanyalah. Kalau ada rezeki dapatlah aku, kalau tak dapat pun tak jadi hal. Begitulah konsep redha dan tawakkal yang telah aku amalkan dari dulu. Ewah!

By the way, untuk adik-adik readers yg mungkin kot-kot terjumpa blog ni. KORANG DINASIHATKAN UNTUK TIBA DI SANA SEBELUM JAM 8.30 PAGI. Bukan dinasihatkan tapi mmg wajib datang sebelum 8.30am!!! Sebabnya kat sana bukan interview je dia buat tapi ada ujian bertulis gak! Kalau datang lambat, still bolah ambil ujian tapi tiada masa tambahan untuk engkau seorang yek! Exam tu sekejap je... dari pkul 8.30 sampai 9.30 pagi.

Dalam 8.30 tu, pegawai-pegawai yang bertugas akan panggil kitaorg masuk dewan. Kat atas meja tu dah tersedia satu kertas soalan cover hijau. PERINGATAN! SILA BAWA PEN AND LIQUID PAPER SKALI!! Kalau tak camne nak menulis? Betul tak?! Ada budak lelaki sebelah aku yang datang berlenggang je, dah masuk dewan baru nak menggelabah cari pen bagai. 

Untuk ujian bertulis tu, dia ada dua bahagian iaitu part A dan B. Part A tu untuk grammar and our reading comprehension. Ada 15 soalan je tapi perghh!!! Soalan dia kaw-kaw cap ayam brands punya. Ayat dia high class, tip-top punya! Bahagian B pulak kita kena buat essay. Dia tanya pasal danger of social media network to teenagers. Time sekolah dulu dah pernah buat almaklumlah disebabkan otak dah lama tak polish terbiar berkarat macam tu je jadi apa yang aku boleh cakap adalah "Haram Mak Jadah!" Tapi nasib sempat abis buat conclusion. Lantak engkaulah labu.

Untuk second session which is the most dreadful part for all of us which is the INTERVIEW. Lama gak ah nak menunggunya. Boleh naik kematu bontot den! Tapi nasib ada geng so,taklah boring tahap dewa. Dia ada empat bilik/panel. Ada dua orang akan interview kita. Aku dapat nombor 9 dan panel 1. Nasib baik interviewer tu orang laki so, kurang lah dia punya tahap cerewet. Dalam pukul 11.45 barulah diaorang panggil untuk interview applicant yang pertama. Tunggu punya tunggu akhirnya sampailah turn aku. Nervous memang takyah cakap ah! Jantung ni rasa mcm nak keluar je! Nasib ada tulang rangka je... Kalau tak memang dah terkeluar dari badan dah!

Mula-mula masuk tu, kenalah bagi salam dulu. Pastu hand over file tu kat sorang lagi interviewer tu (ada 2 org panel seperti yang aku dah cakap tadi). Mula-mula sekali mestilah dia suruh introduce yourself. Pastu kenalkanlah diri as in nama, asal, hobi, skolah, mak ayah kerja apa, bla bla bla... Yang bestnya dia ada tanya soalan pasal kpop. Aku sebagai peminat kpop sejati apa lagi terus menggelepar sampai berbuih-buih mulut. Okay, yang tu tipu je sebenarnya. Kalau dia dah soalan yang ada kaitan dengan kpop, memang senang macam ABC lah jawabnya. Tambahlah segala perencah ajinomoto dan juga maggi sedap rasa. Nak je aku buat essay 600 peranggan pastu bagi dekat pakcik interviewer tu. Okay, itu satu lagi penipuan aku dah confess. 

Kebanyakan soalan yang dia akan tanya biasanya berkaitan dengan apa yg kita jawab sebelum tu. So, senang cakap kira continuous question la... Oh ya! Kena alert pasal current issue sebab dia boleh tanya random je nanti. Ada sorang member lain, tak tanya pun pasal current issue, tup-tup dapat kat aku, boleh plak dia tanya. Nasib dah prepare awal2, ada buat research sikit-sikit kalau tak memang mati terngangalah mulut aku kat situ. Antara contoh current issue yang korang kena alert kebanyakannya pasal pendidikan dan mungkin bidang perguruan sikit-sikit. Contoh time aku interview ni tengah hangat isu pasal PTPTN nak mansuh. Jadi, PTPTN lah yang jadi modal aku nak menjawab hari tu.

Keseluruhannya aku rasa sesi interview ni memang best. Serious! Kali ni aku tak tipu punya. Maybe nasiblah kot sbb dpt interviewers sporting bagai. Siap boleh gelak-gelak lagi. Dapat tak dapat, tu semua kuasa Allah. Jadi I just pray for the best cause he knew what is the best for me. Kalau nak dibandingkan dengan interview IPG, aku rasa IPG lagi susah. Rasa nak terkencing pun ada. Dahlah semua orang bijak gila. Aku ni tak berapa nak pandai. Nama je straight A tapi A+ aku bukan banyak pun. 3A+ je yang lekat. Ceh! Bedebah betul!


p/s: Entry ni telah pun diedit memandangkan adik-adik yang lain ada tanya pasal part interview tu. Aku ada tambah sedikit setakat mana yang aku ingatlah yek! Sekarang ni aku dah degree nak masuk final first year. Yehet! Kalau ada apa-apa soalan boleh je tanya, takyah malu-malu. Walaupun aku dah memang tak update sebab malas tapi kadanh-kadang blog ni aku buka jugak. Lastly, good luck untuk adik-adik yang bakal di interview! Keyakinan diri itu penting bebeh!