Serious senang gila nak buat cake ni. Jenis cake yang aku buat ni jenis yang non-bake punya. So oven and yang seangkatan dengannya bolehlah disimpan buat pekasam.
Bahan-bahan.
- 2 paket oreo
- 1 cawan whipping cream (tak kiralah yang heavy atau non-heavy sebab dua-dua boleh. Kalau suka cake yang rasanya padat bolehlah guna heavy)
- 1 1/2 gula pasir
- 200 gram cream cheese
- 1/4 unsalted butter
- 1 sudu teh vanilla essence
Cara-cara
A. Oreo Crust
- Ambil 13 keping oreo dan masuk dalam food processor. Kala takde food processor bolehlah guna cara manual iaitu ambik sudu dah hancurkan oreo tu sampai hancur as in sampai jadi macam biscuit crumbles.
- Panaskan dulu non-stick pan dan masukkan 1/4 unsalted butter. Buka api tu biar perlahan-lahan je. Lepas dah cair, gaulkan butter tu dengan oreo yang hancur tadi. Gaul biar sekata.
- Letak baking paper dalam bekas. Dalam kes aku, baking paper dah habis. So aku ganti dengan aluminium foil je. Sebab? Sebabnya nanti senang nak keluarkan kek tu dari bekas.
- Ratakan oreo yang bersalut butter tadi kat dasar bekas. Mampatkan dia.
- Letakkan dalam peti sejuk sekejap sambil korang nak buat aduan B tu nanti supaya dia keras sikit.
B.Oreo punya inti(?). Entah! Lantakah, janji sedap!
- Mula-mula letak whipping cream dalam mixer. Putar sampai dia dah agak-agak kental gitu.
- Campurkan vanilla essence, gula pasir dan cream cheese. Gaul lagi sampai dia punya intensity dah macam mengancam dan meyakinkan.
- Pastu patah-patahkan dalam lima atau enam biskut oreo. Putarkan diaorang sekali dengan adunan tadi.
- Jeng! Jeng! Jeng! Dah siap pun sebenarnya.
Conclusion
- Korang ingat lagi tak dengan oreo crust yang dalam peti tu tadi? Haa... bawa keluar oreo crust yang dalam bekas tu dan bubuh bahan B tadi kat atas dia. Spread cream tu evenly kat each area
- Simpan dalam peti sejuk. Korang agak-agak la sendiri berapa jam nak letak dalam tu. Aku letak dalam peti sejuk tu selama 6 jam. Actually bajet nak letak dalam empat jam je tapi sebab gi jejalan maka terbiarlah dia dalam peti tu.
No comments:
Post a Comment