BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
- 4 biji telur putih
- 3/4 cawan gula kastor
- 1tbsp tepung jagung
- 1/2 tsp cuka/ tartar cream
- 1/2 atau 1 sudu besar vanilla essence
BAHAN B
- 1 cawan non-dairy whipping cream
- Buah-buahan (lebih baik yang masam sedikit rasanya)
CARA-CARA:
- Panaskan oven antara 130-140 darjah celcius. Guna api bawah sahaja.
- Putar putih telur sampai gebu dan soft peak. Means bila terbalikkan, dia tak jatuh atas kepala. Guna kelajuan yang paling tinggi.
- Sambil putih telur diputarkan, mula masukkan gula sedikit demi sedikit. Jangan berhenti dari memutar.
- Bila betul-betul dah kental, masukkan tepung jagung + cuka + vanilla essence. Mula dari part ni, boleh je nak gaul guna spatula.
- Kecilkan sedikit api dalam oven sebanyak 110 darjah celcius. Tetapkan masa lebih kurang dalam 1jam 15 minit hingga 1 jam 30 minit.
- Letak meringue atas baking paper. Kalau nak nampak cantik nanti, biar yang tepi tinggi sedikit dari bahagian yang dekat tengah.
- Meringue mula masak bila kulit luar jadi warna keperang-perangan. Dan bila sentuh, dia akan melantun(?) balik macam marshmallow.
- Sambil menunggu, mula keluarkan bahan B tadi. Pukul whipping cream sampai dia naik gebu.
- Bila meringue dah masak, jangan bawa keluar dulu. Biarkan dia rehat dalam oven selama 10minit sambil pintu oven terbuka.
Sebenarnya resepi ni aku dapat dekat facebook. Tak ingatlah dekat mana tapi tak silap dekat Resepi Mudah. Disebabkan time ni tengah cuti semester, jadi dari takde apa-apa nak buat. Maka aku pun mengambil keputusan yang drastik untuk membuat kek. Ewah! Nak buat kek ni sebenarnya taklah susah sangat. Bukan nak berlagak tapi itulah hakikatnya. Sebab aku yang first timer ni pun, menjadi nak buat cheesecake ni. Nampak tak betapa mudahnya nak buat kek ni. Ewah! Sebenarnya kek ni bila makan tak manis pun tapi rasa cheesy tu adalah. Disebabkan rasa dia yang plain tu, jadi aku pun buatlah cream cheese untuk dia. Dan jadilah cheesecake yang tengah hangat di pasaran dan menjadi kegilaan anak-anak muda zaman sekarang iaitu CHEESECAKE LELEH!
BAHAN-BAHAN:
- 7 keping (kalau beli jenis yang letak atas roti)/ 200 gram (kalau beli yang jenis block) cheddar cheese
- 200ml susu segar/ susu cair
- 4 biji telur dan asingkan yang putih dan kuning
- 75 gram tepung naik sendiri
- 75 gram unsalted butter
- 100 gram gula halus
- 1/2 tsp cream of tartar (kalau takde takpe, boleh digantikan dengan cuka)
- 1 tbsp essence vanilla
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan oven pada suhu 120 darjah celcius.
- Koyakkan atau potong kepingan cheese tu kecil-kecil. Dan kemudian campurkan dengan susu. Masak dengan api yang perlahan dan kacau selalu.
- Bila dah hancur, masukkan butter. Bila adunan dah cair, tutup api dan biar seketika.
- Pukul putih telur bersama gula dan cream of tartar atau cuka sehingga kembang dan menjadi meringue (bertanduk dan bila terbalikkan bekas, dia tak jatuh)
- Kemudian pukul kuning telur sehingga kembang dan tapiskan sebelum dimasukkan ke dalam adunan cheese tadi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati dengan adunan.
- Essence vanilla tidak harus dilupakan. Masukkan satu sudu makan essecnce vanilla.
- Seterusnya, masukkan adunan meringue tadi. Kaup balikkan adunan supaya tiada ruang udara yang tertingga. Buat begitu sampai adunan sebati.
- Sapu sedikit butter pada sekeliling loyang. Kalau tak letak baking sheet pun takpe sebab kek tu senang je nak keluarkan nanti.
- Letak loyang dalam bekas yang berisi air panas.
- Naikkan suhu oven pada 160 darjah celcius. Bakar sehingga permukaan kek kelihatan kuning-kuning nak masuk warna coklat. Resepi asal cakap bakar 40minit sehingga satu jam, tapi mungkin disebabkan saya buat dalam bekas yang kecil, masa membakar tu jadi 20minit je.
CREAM CHEESE:
BAHAN-BAHAN:
- 250 gram cream cheese
- 120 gram susu pekat manis
- 50ml susu segar/ susu cair/ UHT Whipping Cream
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan kesemua bahan di atas. Adunan ini memang sepatutnya cair. Kalau nak cair lagi bolehlah ditambahkan lagi susu segar/ susu cair/ UHT Whipping Cream.
SELAMAT MENCUBA!